Youtube meluncurkan layanan baru bertajuk Youtube Xl, alamatnya adalah di http://youtube.com/xl. ini merupakan Youtube untuk tv. Jadi tampilannya lebih besar dan minimalis dibanding Youtube biasa.
selanjutnya klik sini
6.04.2009
Youtube Xl
Tutorial Photoshop : Licinkan Kulit Muka

kalau kawan2 mau tahu mcm mana mau buat ni gambar..... klik sini
5.24.2009
Macam-Macam: Askar terlupa sudah kahwin
BANDAR RAYA JEFFERSON: Seorang askar di bandar raya ini, terlepas hukuman atas kesalahan berpoligami, selepas mendakwa dia mengalami gangguan fikiran ketika berperang di Iraq sehingga terlupa dia sudah berkahwin.'
Rivera berkahwin lagi dengan wanita di Missouri tidak lama selepas kembali ke Amerika. Bagaimanapun isteri pertamanya terlihat berita mengenai perkahwinan beliau di televisyen dan membuat laporan polis.
"Saya amat tertekan dan dihantui ingatan perang di Iraq," katanya.
hem... macam-macam......jangan saja kita lupa anak lah...
dipetik dari berita harian..
5.22.2009
'Air ikan haruan' bahaya kepada kesihatan
Pihak berkuasa kesihatan Singapura memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak mengambil ubat tradisional dengan label 'Air Ikan Haruan; oleh kerana ia mengandungi bahan perubatan berbahaya yang tidak diisytiharkan.
Dalam satu kenyataan hari ini, Pihak Berkuasa Sains Kesihatan (HSA) berkata ia telah mengesan dexamethasone, sejenis ubatan barat yang berbahaya dalam perubatan tradisional.
Ia menyatakan dexamethasone adalah dadah preskripsi yang biasa digunakan bagi merawat penyakit radang seperti arthritis.
‘Air Ikan Haruan’, yang dipakej dalam botol-botol kecil, mendakwa dapat "membersihkan darah kotor, mengurangkan gatal kulit, memulihkan luka dalaman, menambah tenaga, mengurangkan batuk, dan mempertingkat kesihatan ibu selepas bersalin," kata HSA.
Penggunaan dexamethasone secara berterusan dan tanpa penyeliaan boleh menyebabkan reaksi negatif yang serius seperti degupan jantung tidak tetap, peningkatan tekanan darah, kolestrol, gula dalam darah, dan kedatangan haid tidak menentu, kerosakan otot dan tulang, sawan dan gangguan mental dan perasaan.
HSA berkata ubat berkenaan tidak ditemui di kedai runcit tempatan tetapi ia bimbang mungkin ada orang ramai yang membeli produk itu dari seberang laut dan dengan tidak sengaja terdedah kepada bahaya kesihatan yang serius disebabkan oleh produk tercemar itu. - Bernama
4.20.2009
tips nak kaya dan berjaya..
Seorang wanita sedang keluar dari rumahnya apabila dia terlihat tiga orang lelaki tua berjanggut panjang yang berwarna putih sedang duduk dihalaman rumahnya. Dia tidak kenal akan mereka. Wanita itu bertanya, " Saya tidak fikir saya mengenali awak semua, tetapi saya pasti awak semua mesti sedang lapar.. Silalah masuk kerumah saya dan makan sesuatu."
"Adakah suami awak ada dirumah?", mereka bertanya.
"Tidak", wanita itu berkata. "Suami saya telah keluar."
"Jadi, kami tidak akan masuk", mereka menjawab. Sewaktu suaminya pulang ke rumah pada petang itu, wanita itu pun memberitahunya kejadian tersebut.
"Pergi beritahu mereka bahawa saya telah balik dan menjemput mereka masuk kedalam sekarang!" Wanita itu keluar dan menjemput ketiga-tiga lelaki tua itu masuk ke dalam.
"Kami tidak akan masuk ke dalam rumah bersama-sama," mereka menjawab.
"Mengapa begitu?" wanita itu ingin tahu.
Salah seorang dari lelaki tua itu pun menerangkan :
"Namanya ialah Kekayaan," Dia berkata sambil menunjuk ke arah salah seorang kawannya, dan beralih menunjuk kearah kawan yang seorang lagi, Dia adalah Kejayaan, dan saya adalah Kasih Sayang.." Dia menyambung lagi, "Sekarang masuklah semula kedalam rumah dan berbincanglah dengan suami awak, siapakah di antara kami bertiga yang kamu ingin jemput kedalam rumah."
Wanita itu pun masuk semula kedalam dan memberitahu suaminya perkara tersebut. Suaminya berasa sungguh gembira. "Bagusnya!!" dia berkata. "Kalau macam tu jemputlah Kekayaan masuk. Biar dia masuk dan mengisi rumah kita ini dengan Kekayaan!"
Isterinya tidak bersetuju. "Abang, kenapa pula kita tidak menjemput Kejayaan?"
Kebetulan, anak perempuan mereka juga sedang mendengar perbualan itu dari satu sudut rumah yang lain. Dia lalu menyampuk dan memberikan pandangannya :
"Bukankah lebih baik sekiranya kita menjemput Kasih Sayang? Rumah kita ini pasti akan diselubungi dengan Kasih Sayang!"
"Biarlah kita mengikut nasihat anak kita itu," kata suami itu kepada isterinya.
"Keluar dan jemputlah Kasih Sayang sebagai tetamu kita."
Wanita itu pun keluar dan bertanya kepada tiga lelaki tua, "Yang mana satu di antara kamu adalah Kasih Sayang? Silalah masuk dan jadi tetamu kami."
Kasih Sayang bangun dan mula berjalan ke arah rumah.
Kedua-dua lelaki yang lain juga bangun dan mengikutinya.
Terperanjat, wanita itu pun bertanya kepada Kekayaan dan Kejayaan :
"Saya cuma menjemput Kasih Sayang, mengapa kamu juga ikut sekali?"
Mereka semua menjawab: "Jika awak menjemput samada Kekayaan atau Kejayaan, yang lain akan tunggu diluar, tetapi oleh kerana awak telah menjemput Kasih Sayang, ke mana-mana sahaja dia pergi, kami akan pergi bersamanya..
"Di mana ada Kasih Sayang, di situ juga ada Kekayaan dan Kejayaan
dipetik dari www.ppdhl.net
4.17.2009
8 Cara Modifikasi di Badan yang paling Aneh dan Menyakitkan
1. Tatoo Mata
Selanjutnya klik sini
Kes ragut di KL naik 100 peratus!
menakutkan dan menggerunkan... tapi inilah kenyataannya..
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, selain jenayah ragut, turut meningkat secara mendadak ialah samun berkumpulan tanpa senjata api dengan 1,005 kes atau peningkatan 80.5 peratus.
‘‘Empat bulan pertama tahun lalu jenayah itu merekodkan 1,249 kes, tahun ini pula mencatat 2,254 kes.
“Samun berseorangan tanpa senjata api pula turut meningkat sebanyak 24 peratus iaitu dari 234 kes kepada 290 kes,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini hari ini.
Kes ragut di KL naik 100 peratus!
Oleh TAN MING WAI
pengarang@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 16 April – Jenayah ragut di ibu negara semakin membimbangkan dengan peningkatan 99 peratus kes dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini, berbanding tempoh yang sama tahun lalu.
Jenayah ragut antara Januari hingga April tahun ini mencatatkan kenaikan sebanyak 600 kes iaitu 1,206 kes berbanding 606 kes sepanjang tempoh yang sama tahun lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, selain jenayah ragut, turut meningkat secara mendadak ialah samun berkumpulan tanpa senjata api dengan 1,005 kes atau peningkatan 80.5 peratus.
‘‘Empat bulan pertama tahun lalu jenayah itu merekodkan 1,249 kes, tahun ini pula mencatat 2,254 kes.
“Samun berseorangan tanpa senjata api pula turut meningkat sebanyak 24 peratus iaitu dari 234 kes kepada 290 kes,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini hari ini.
Menurut Chin Wah, ketiga-tiga jenayah terbabit menyumbang 31 peratus dalam keseluruhan indeks jenayah di Kuala Lumpur setakat April tahun ini.
Memandang berat perkembangan itu, menurutnya, satu operasi besar-besaran telah dilancarkan oleh polis Kuala Lumpur sebagai langkah proaktif untuk mencegahnya daripada terus meningkat.
Chin Wah berkata, operasi yang berkonsepkan ‘kepolisan agresif’ itu menggabungkan semua jabatan dan cawangan IPK Kuala Lumpur, antaranya Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), JSJ Narkotik, Cawangan Khas, Cawangan Trafik serta Pasukan Gerakan Am.
‘‘Sepanjang operasi dijalankan, polis akan lebih kerap menjalankan pemeriksaan terhadap orang ramai di kawasan tumpuan jenayah yang dikenal pasti selain sekatan jalan untuk memeriksa kenderaan.
‘‘Oleh itu, polis harap orang ramai akan faham tindakan polis dan memberikan kerjasama sepenuhnya termasuk menyalurkan maklumat kepada polis,’’ katanya.
Beliau berkata, operasi tersebut telah bermula semalam dan pihaknya memperuntukkan tempoh sebulan bagi melihat hasilnya sebelum ia dikaji dan diperkemaskan sekiranya perlu untuk bulan seterusnya.
‘‘Kita juga akan mengeluarkan statistik harian yang mengandungi indeks jenayah dan jumlah pemeriksaan serta tangkapan untuk siaran media.
‘‘Inisiatif ini bukan bertujuan menakut-nakutkan warga kota tetapi kita mahu mereka tahu gambaran sebenar keadaan jenayah di ibu negara serta ingin mereka tahu apa yang polis lakukan untuk mengatasi masalah ini,’’ jelasnya.
Dalam tempoh 24 jam pertama operasi tersebut, polis melakukan 37 tangkapan hasil pemeriksaan ke atas 1,837 individu.
‘‘Kita berjaya menahan lapan suspek kes samun di kawasan Sentul dan Brickfields, 15 penagih dadah dan selebihnya ialah pendatang asing tanpa izin,” tambahnya.
Selain itu, daripada jumlah 1,089 kenderaan yang diperiksa, polis menemui semula tiga buah motosikal yang disyaki kenderaan dicuri.
Dalam pada itu, Chin Wah mengarahkan supaya semua pemeriksaan turut dihadiri oleh seorang pegawai atau anggota beruniform.
‘‘Kita sedar mungkin akan ada pihak yang cuba menyamar sebagai polis untuk melakukan sesuatu terhadap orang awam, jadi orang ramai jangan bimbang ditipu,’’ katanya.
dipetik dari utusan Malaysia
4.15.2009
pertua
Apabila kita ingin berteman, Janganlah kerana kelebihannya, Kerana mungkin dengan satu kelemahan, Kita mungkin akan menjauhinya....
Andai kita ingin berteman, Janganlah kerana kebaikannya, Kerana mungkin dengan satu keburukan, Kita akan membencinya....
Andai kita inginkan sahabat yang satu, Janganlah kerana ilmunya, Kerana apabila dia buntu, Kita mungkin akan memfitnahnya....
Andai kita inginkan seorang teman, Janganlah kerana sifat cerianya, Kerana andai dia tidak pandai menceriakan, Kita mungkin akan menyalahkannya....
Andai kita ingin bersahabat, Terimalah dia seadanya, Kerana dia seorang sahabat, Yang hanya manusia biasa....
Jangan diharapkan sempurna, Kerana kita juga tidak sempurn
dipetik dari http://www.ppdhl.net/
3.26.2009
Mati selepas menjalani suntikan kecantikan
Hati-hati dengan rawatan kecantikan, kerana mungkin boleh meragut nyawa anda.....
Oleh WAN NOOR HAYATI WAN ALIAS
hayati.alias@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 25 Mac - Impian seorang ibu tiga anak untuk memiliki potongan badan menarik bertukar menjadi tragedi apabila dia maut dipercayai selepas mendapat suntikan bagi rawatan kecantikan.
Allahyarham Noraini Mohd. Ghazali, 30, pengarah urusan syarikat pembekal peralatan makmal yang memiliki raut wajah cantik dengan berat badan 45 kilogram meninggal dunia kira-kira pukul 5 petang semalam di sebuah klinik swasta di Ampang dekat sini yang menyediakan rawatan kecantikan wajah dan badan.
Suaminya, Zaharudin Zainuddin, 35, memberitahu, isterinya telah menerima rawatan di klinik terbabit sebanyak 14 kali sejak bulan Disember 2007.
''Kali terakhir arwah ke klinik itu adalah bagi membuang lemak serta susulan selepas melakukan rawatan menegangkan bahagian punggungnya.
''Arwah tidak banyak bercerita mengenai rawatan kecantikan tersebut. Bagaimanapun, berat badannya dilihat berkurangan iaitu daripada berat asal lebih kurang 50 kilogram ke 45 kilogram,'' katanya ketika ditemui di bilik mayat Hospital Kuala Lumpur di sini hari ini.
Kata Zaharudin, sejak kebelakangan ini, isterinya mengadu sakit serta memaklumkan ada benang tertinggal dalam perut ketika menjalani rawatan terapi buang lemak di klinik terbabit.
Sehubungan itu, dia menasihati isterinya supaya berhenti melakukan rawatan terapi itu yang mencecah kos RM1,000 bagi setiap kali sesi.
Sementara itu, kakak angkat kepada mangsa, Misha Abu Bakar, 46, berkata, dia menemani Noraini ke klinik terbabit pada pukul 3 petang hari kejadian untuk temu janji dengan doktor.
''Saya hanya menunggu arwah di tingkat bawah sahaja kerana kebiasaannya sesi terapi itu tidak mengambil masa yang lama.
''Bagaimanapun, setelah lebih tiga jam menunggu, Noraini tidak muncul sebaliknya doktor tersebut meminta saya masuk ke pejabatnya sebelum memaklumkan arwah meninggal dunia pada pukul 5 petang selepas muntah-muntah.
''Doktor itu memberitahu kejadian itu berlaku selepas ubat bius disuntik dan ia prosedur biasa sebelum rawatan buang lemak dilakukan,'' katanya.
Misha menambah, dia berasa kecewa kerana doktor berkenaan mengambil masa lama untuk memaklumkan kepadanya yang menunggu di bawah.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hasan mengesahkan kejadian tersebut dan telah mengambil keterangan doktor dan jururawat yang bertugas hari kejadian untuk membantu siasatan.
''Setakat ini, kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut, bagaimanapun siasatan diteruskan ke atas kecuaian doktor sama ada telah mengenal pasti alahan pesakit sebelum rawatan diberi.
''Bedah siasat di Hospital Kuala Lumpur telah selesai, bagaimanapun sampel-sampel tisu mayat telah dihantar ke makmal kimia untuk siasatan lanjut sebelum keputusan bedah siasat diketahui.
''Keputusan akan diketahui dalam masa lebih kurang empat minggu,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Dalam pada itu, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Datuk Mohamad Yacob ketika dihubungi berkata, pihaknya telah menyemak lesen perniagaan premis terbabit dan mendapati ia diperakui dan sah.
3.13.2009
12 Foto Kreatif Tanpa dimanipulasi oleh Komputer
Foto-foto berikut sangat kreatif dan perlu waktu dan tempat yang tepat untuk boleh mendapatkannya. Selain itu diperlukan olah otak yang mengarah ke luar batas kewajaran…
Klik sini untuk melihat fotonya
3.12.2009
3.11.2009
Awas, hati-hati dengan orang yang anda tidak kenali...

AMPANG: Niat seorang gadis hanya mahu mencari pekerjaan di ibu kota, tetapi lain pula jadinya apabila menjadi mangsa ratahan tiga lelaki kenalan seorang wanita yang disangkanya budiman di Hentian Puduraya.
Gadis itu yang baru tiba dari Alor Star, Kedah, mulanya terkial-kial di hentian bas berkenaan sebelum disapa wanita berusia 30-an yang berpura-pura untuk membantu mangsa.
Wanita itu mempelawa gadis itu minum di kedai berhampiran sambil meneruskan perbualan mereka.
Dalam diam-diam, wanita itu memasukkan sejenis ‘cecair syaitan’ ke dalam minuman untuk membuatkan gadis itu pening dan khayal selepas beberapa minit meneguknya.
Sumber polis berkata, dalam kejadian Sabtu lalu, mangsa yang berusia 22 tahun berhasrat berhijrah ke ibu kota untuk mencari pekerjaan.
“Sebaik tiba di hentian bas berkenaan, dia tenggelam punca kerana tiada sesiapa dikenalinya hingga terserempak wanita tidak dikenali itu yang menegurnya.
“Suspek berpura-pura simpati dengan nasib mangsa. Bermula dengan perkenalan singkat itu, mangsa memberitahu niatnya datang ke ibu kota untuk mencari pekerjaan.
“Berikutan itu, wanita terbabit berjanji membantu mangsa sambil menawarkan tempat tinggal di rumahnya di Ampang,” katanya.
Dia berkata, gadis malang itu turut dipelawa minum di sebuah kedai berhampiran.
Sambil berbual dengan mangsa, wanita itu meletakkan sesuatu di dalam air minuman menyebabkannya tiba-tiba pening dan lemah.
Selepas melihat mangsa mulai khayal, dia diminta ikut ke Ampang.
Sumber itu berkata, mangsa mengikut wanita berkenaan ke rumahnya sebelum dibawa ke dalam bilik untuk berehat.
“Dalam keadaan separuh sedar, pintu bilik tiba-tiba dibuka sebelum tiga lelaki tidak dikenali masuk.
“Ketiga-tiga mereka memperkosa mangsa berulang kali,” katanya.
Mangsa pengsan sejurus dirogol beberapa jam.
Bagaimanapun, apabila tersedar, dia mendapati seorang lagi lelaki di bilik berkenaan.
Lelaki itu cuba memperkosanya sekali lagi, tetapi mangsa melawan sebelum berjaya melarikan diri.
Selepas keluar dari rumah berkenaan, mangsa terus ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya untuk membuat laporan.
Hempas bayi

Apa sudah jadi dengan manusia sekarang ni...anak sendiripun sanggup didera...
Berang kerana tak tahan mendengar tangisan, seorang lelaki tergamak menghempaskan bayi perempuannya yang baru berusia empat bulan ke atas tilam, Ahad lalu.
Tindakan bapa panas baran itu di rumah sewa mereka di Kampung Masjid, Sungai Ara di sini, membawa padah apabila bayi tidak berdosa itu, Nurul Ain Amirah, yang beberapa jam menderita akibat perbuatan kejamnya meninggal dunia.
Polis menahan lelaki itu selepas dia dan isteri membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Barat Daya, kelmarin.
Wartawan yang mendapat maklumat mengenai kejadian itu bergegas ke tempat kejadian semalam, tetapi keluarga mangsa sudah pulang ke Pendang, Kedah, untuk mengebumikan jenazah mangsa. Namun, seorang jiran kepada keluarga itu, Rafiah Mahmood, 39, yang menjadi orang pertama mengesyaki kejadian memilukan itu dapat ditemubual.
Menurutnya, dia terdengar jeritan kuat diikuti suara ibu mangsa beristighfar dalam keadaan mencemaskan selepas solat Subuh, kelmarin.
Dia menyidai kain di luar rumah sebelum ibu bayi itu meluru keluar dari rumah dan memberitahu Nurul Ain diserang sawan tarik.
“Saya terus ke rumah mereka dan melihat Nurul Ain masih bernyawa, tetapi keadaannya cukup lemah dengan kedua-dua mata separuh tertutup dan tangannya kejang.
“Saya memegang tangan dan menggosok-gosoknya, namun tidak ada perubahan. Ketika itu, saya terlihat kesan lebam di kedua-dua pipi dan seluruh badannya. Apabila ditanya, si bapa mengaku dia mencubit dengan alasan geram kerana bayinya menangis setiap hari,” katanya.
Rafiah berkata, pasangan terbabit membawa Nurul Ain menerima rawatan secara tradisional.
Ketika pulang semula tengah hari, si ibu memberitahu jiran berkenaan, Nurul Ain tidak minum susu sejak pagi dan kelihatan seperti sedang tidur, tetapi dia takut mengejutkannya.
“Beberapa jam selepas itu, bayi berkenaan masih belum bangun menyebabkan ibunya memanggil saya sekali lagi kira-kira 4 petang (kelmarin).
“Saya segera memegang Nurul Ain tapi badannya sudah sejuk. Apabila tak sedap hati melihat keadaannya, saya menyuruh suami isteri itu menghantar anak mereka ke hospital,” katanya.
Katanya, pasangan itu pulang jam 7 malam dan dia dimaklumkan ibu Nurul Ain, bayinya sudah meninggal dunia.
Pasangan itu juga memaklumkan, mereka perlu ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Barat Daya di Balik Pulau untuk membuat laporan.
Bagaimanapun, kata Rafiah, ibu mangsa pulang ke rumah seorang diri bersama jenazah Nurul Ain kira-kira jam 4 pagi semalam.
Sejurus kemudian, jenazah bayi itu dibawa ibunya pulang ke kampung halamannya di Pendang.
Mengenai pekerjaan suami wanita itu, dia berkata, lelaki itu seorang buruh kasar manakala isterinya kerja kilang.
“Kejadian itu menggemparkan penduduk setempat. Kami bagaimanapun tidak boleh membuat sebarang tuduhan dan biarlah pihak berkuasa menyiasat.
“Sebagai jiran dan rakan, saya berharap wanita itu tabah menghadapi dugaan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Mohd Hatta Md Zain, berkata polis menerima maklumat mengenai kejadian itu jam 4 petang kelmarin apabila ibu bapa mangsa membawanya ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk menjalani rawatan.
Menurutnya, sebaik tiba di HPP, doktor yang merawat mendapati bayi berkenaan sudah meninggal dunia.
Beliau berkata, hasil bedah siasat menemui kesan penderaan berikutan banyak kesan lebam, termasuk di pipi, telinga dan kepala.
Katanya, siasatan mendapati ibu mangsa mendakwa suaminya membaling bayi mereka ke atas tilam akibat tidak tahan dengan tangisannya sejak Sabtu lalu.
“Polis menahan reman bapa bayi berkenaan berusia 35 tahun itu selama enam hari. Hasil pemeriksaan turut mendapati dia positif mengambil dadah jenis heroin. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh,” katanya.
dipetik dari harian metro
2.24.2009
2.20.2009
Rugi RM2,500, dompet dicuri dalam tandas
AWAS.. Dalam tandaspun ada pencuri...
Mungkin kita rasa selamat ketika menunaikan 'hajat' di dalam tandas,sebab tempat tertutup dan kita hanya seorang diri tapi.. fikirkan sekali lagi kerana anda mungkin menjadi mangsa penyeluk saku atau si pencuri.....
Itulah yang terjadi kepada seorang penyelia sebuah syarikat swasta apabila dompetnya dicuri ketika membuang air besar di tandas sebuah pusat membeli-belah di ibu negara baru-baru ini.
Kejadian berlaku ketika Wong Wei Chat, 23, menyangkutkan seluarnya di dinding tandas tersebut.
Beliau berkata, dia hanya menyedari kehilangan dompetnya yang mengandungi kad pengenalan, wang tunai RM50, kad bank dan kad kredit semasa hendak memakai pakaiannya itu.
Tambahnya, lebih mengejutkan kad kreditnya turut digunakan oleh penjenayah itu di sebuah kedai jam di Jalan Masjid India dan mengakibatkan kerugian RM2,500.
"Meskipun sejurus selepas kejadian itu, saya telefon bank untuk menyekat penggunaan kad kredit tetapi penjenayah tersebut lebih cepat.
"Saya hairan penjenayah itu boleh meniru tandatangan saya dalam tulisan Cina," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di Biro Pengaduan Awam MCA, di sini hari ini.
Wei Chat ke pejabat biro itu untuk mendapatkan bantuan berikutan pihak bank kad kreditnya tetap memintanya membayar penggunaan kad tersebut.
Sementara itu, beliau berkata, pemeriksaannya terhadap tandas lain di pusat membeli-belah itu mendapati ia mempunyai alat untuk menyangkut seluar.
Katanya, selain itu, dinding tandas juga rendah dan memudahkan untuk mereka yang tidak bertanggungjawab melakukan perbuatan tersebut.
"Saya tidak menyangka terdapat penjenayah yang mengambil kesempatan melakukan perbuatan seperti itu di dalam tandas," ujar beliau.
Sementara itu, Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Michael Chong menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati semasa menggunakan tandas awam.
"Kalau boleh elakkan daripada menyangkut seluar di tandas semasa hendak menggunakannya," katanya.
di petik dari utusan malaysia
2.18.2009
Task Manager darurat mengatasi komputer hang

Pernahkah mengalami kejadian tiba-tiba komputer hang, tidak ada respond dan kita hanya bisa menggerakkan mouse tanpa bisa menjalankan aplikasi lain ? Bahkan kadang jurus pamungkas “Task Manager” ( Ctrl+Alt+Del ) pun tidak berdaya menghadapi kondisi semacam ini. Sehingga mungkin ujung-ujungnya kita hanya menekan tombol Reset.
klik sini untuk selanjutnya
Kanak-kanak malang

Cerita yang amat menyedihkan, bayangkan seorang kanak2 umur 3 tahun, ditinggalkan di tempat awam begitu saja...saya boleh bayang emosi kanak2 ini...dan saya hairan kenapa ibubapa kanak2 ini sanggup buat benda macam ni...
klik read more untuk cerita selanjutnya...
JOHOR BAHRU: Sampai hati ayah dan ibu! Suasana hiba menyelubungi sekumpulan penduduk Blok 50, Taman Ungku Tun Aminah di sini, apabila menemui seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun menangis sambil mengheret beg plastik berisi beberapa helai pakaiannya, tengah malam kelmarin.
Ketika ditemui, kanak-kanak itu yang mengaku bernama Tan Eng Eng seolah-olah hilang arah selepas dipercayai ditinggalkan ibu bapanya berdekatan blok berkenaan.
Orang ramai yang menemui kanak-kanak terbabit kemudian menyerahkannya ke Balai Polis Skudai sebelum dihantar untuk menerima rawatan di Wad Pediatrik Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini.
Kanak-kanak terbabit kelihatan ceria sebaik gambarnya dirakam jurugambar media di wad berkenaan, semalam tetapi ketika ditanya mengenai nama dan latar belakang keluarganya, dia tiba-tiba menjadi bingung seketika sebelum menjawab ‘saya Tan Eng Eng...umur tiga tahun’.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Ruslan Hassan, berkata kanak-kanak itu ditemui orang awam yang melalui tempat kejadian dan diserahkan kepada polis kira-kira jam 12.10 tengah malam, kelmarin.
“Mangsa yang memakai gaun kuning ditemui menangis sambil membawa satu beg plastik mengandungi beberapa helai pakaian.
kanak-kanak berkenaan akan diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam masa terdekat.
2.13.2009
Kena tipu selepas tergoda tawaran jutawan segera

ha ha... kawan2, hati2 skim cepat kaya, banyak sudah orang kena tipu pasal ni.. kawan2 saya pun ada yang kena tipu,.. mula2 memang dapat duit, tapi ingat, itu umpan.. lama2 bila sudah banyak orang labur.. tiba2 si kawan "hilang".. sudah bawa duit lari entah ke mana apa mcm tambakar.. ada ko ikut skim cepat kaya ni.ah kalau ada ...ini ada cerita ni..
JOHOR BAHRU: Gara-gara terpikat dengan kata-kata manis pujukan seorang amoi menerusi telefon, seorang ahli perniagaan yang tergoda dengan tawaran menjadi jutawan segera daripada syarikat pelaburan atas angin dari Jepun, terpaksa berputih mata apabila kehilangan RM57,532.
klik read more untuk cerita selanjutnya( dipetik dr Hmetro )
Menceritakan kejadian itu, pengurus pembangunan perniagaan syarikat rangkaian telekomunikasi, Lee Wei Wah, 38, berkata skim berkenaan kononnya berupaya membantu usahawan mengejar cita-cita menjadi jutawan kerana menjanjikan pulangan 100 peratus dalam tempoh singkat.
Menurutnya, cara pelaburan berkenaan dilakukan dengan membeli saham syarikat itu yang dikatakan berpusat di Jepun dan jumlah minimumnya RM50,000.
“Saya seperti dipukau apabila mudah mempercayai kata-kata gadis yang menghubungi saya pada awal Jun lalu.
“Dia memperkenalkan dirinya sebagai Chan dan bekerja sebagai ejen di syarikat pelaburan antarabangsa.
“Gadis terbabit bertindak licik memujuk saya menyertai skim berkenaan dengan alasan memudahkan seseorang individu mencapai impian masing-masing termasuk melangsaikan hutang, membantu keluarga, menambah simpanan selain bagi menjalani kehidupan lebih mewah,” katanya.
Lee berkata, dia juga sanggup menuruti setiap arahan gadis terbabit termasuk membayar wang pendahuluan RM850 untuk mendapatkan keahlian skim pelaburan berkenaan.
Selepas bayaran dimasukkan ke akaun peribadi seorang ejen syarikat terbabit bernama Teo, dia menerima sijil keahlian sindiket terbabit dalam bahasa Jepun selain syarat perjanjian ditulis menggunakan bahasa Cina pada 12 Jun 2008 yang difaks ke pejabatnya di Jalan Songket 2, Taman Sentosa di sini.
Katanya, syarat perjanjian itu agak pelik kerana setiap pelabur perlu merahsiakan skim pelaburan berkenaan.
“Sekiranya ingkar, mereka tidak akan dibayar keuntungan seperti dijanjikan,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Sentral di sini pada 20 Oktober lalu.
Lee berkata, dia kemudian diminta memasukkan wang ke akaun peribadi beberapa ejen syarikat berkenaan termasuk seorang ejen yang dikatakan berasal dari Tokyo.
“Saya memasukkan wang itu enam kali mulai awal Jun hingga akhir Jun dan jumlah keseluruhannya RM56,682. Pulangan yang sepatutnya diterima RM113,364.
“Bagaimanapun, saya mula sangsi dengan gadis terbabit mahupun ejen lain yang pernah berurusan dengan saya kerana enggan menjawab panggilan telefon dan menamatkan perkhidmatan telefon masing-masing.
“Usaha bertemu mereka juga buntu apabila mendapati kumpulan ejen terbabit tidak berada di alamat pejabat diberikan di Bukit Bintang, Kuala Lumpur, pada Julai tahun lalu,” katanya yang mengadu penipuan sindiket berkenaan kepada Timbalan Pengerusi Biro Pengaduan Awam MCA Johor, Michael Tay di Jalan Maju, Taman Pelangi di sini, semalam.
Tay berkata, orang ramai tidak seharusnya dikaburi sikap tamak sehingga sanggup melabur ribuan ringgit tanpa menyelidik syarikat berkenaan.
Menurutnya, orang ramai perlu mengabaikan sebarang panggilan telefon yang menawarkan skim pelaburan menyerupai skim cepat kaya kerana ia boleh mengundang kerugian.
“Kami menasihati orang ramai supaya segera membuat laporan polis sekiranya mengetahui atau menjadi mangsa sindiket pelaburan seumpama itu, “ katanya.
dipetik dari harian metro
2.02.2009
1.19.2009
Awas anak krok mencuri daripada orang ramai seperti dilakukan toyol.

Segelintir individu di negeri ini gemar membela ‘anak krok’ iaitu sejenis alat pemujaan diperbuat daripada tulang manusia yang sudah meninggal.
Alat pemujaan yang ‘dihidupkan’ dengan jin itu perlu diberikan makan enam titik darah tuannya sendiri setiap tiga bulan.
Ia mampu mendapat kekuatan luas biasa dan didakwa lebih hebat daripada toyol.
anak krok mampu memberi wang kepada tuannya dengan mencuri daripada orang ramai seperti dilakukan toyol.
“Setiap pemilik anak krok mampu memusnahkan sesuatu objek dengan mudah biar apa pun saiznya selain mampu memikat wanita cantik hanya dengan senyuman.
anak krok juga boleh digunakan samseng serta menundukkan pengikut supaya patuh kepada arahan diberikan.
Alamak... takut saya...
1.16.2009
Selamat Pengantin Baru
Pada Minggu yg lalu... saya dan seorang kawan telah mendapat tempahan mengambil gambar video dan photo.. di sebuah majlis perkhawinan... kami minta murah saja.. maklum, orang dusun biasalah minta murah2.. biasanya kami ambil video... termasuk editing, photo, dan slaid.. jadi di sini saya kasi posting gambar pengantin yang memang padan sama2 cantik dan tampan... mcm pinang di belah sinso... .jpg)
.jpg)
.jpg)
Projek saya 2009
Lama saya tidak menulis dlm blog saya... sibuk sikit bah awal2 tahun ni.. tapi tidak apa.. sebenarnya pada tahun 2009 ni saya ada satu projek.. kira kalau berjaya projek ni buli bawa untung.. buli dapat duit.. sebelum saya cerita lebih panjang.. cuba kamu tengok gambar di bawah..( gambar ni gambar family saya... saya edit untuk dijadikan sebagai contoh saja...)

ini si angellee ....ini pun saya sudah ubah background..jadi gambar2 ini saya akan hantar di kedai gambar untuk di print out.. menjadi satu poster yang berukuran besar... dia bilang tu tauky kedai gambar.. buli cuci kasi besar ..dan kualiti tatap mantap...dan tidak pecah... dengan syarat gambar mesti lebih 10mp dan formatnya ialah jpeg... ah... lepas tu kita kasi frame cantik2 dan lepas tu buli jual....
Read More......
1.08.2009
Pengorbanan ibu... tiada bandingnya
KUALA LUMPUR: Demi mempertahankan maruah anak-anak gadisnya daripada dirogol beramai-ramai oleh penjenayah , seorang ibu tunggal tanpa menghiraukan nyawa serta keselamatannya sanggup bergelut dengan tiga penjenayah tersebut yang menyamar sebagai anggota polis...
12.23.2008
Selamat Hari Natal
Saya ucapkan Selamat hari Natal kepada semua kawan2 yang dekat dan jauh, kawan2 bloger seperti jebat.net, piasau, honey, beck, tambuakar, kampung lopot dan banyak lagi.. moga kita bahagia selalu...............

12.22.2008
World's Strongest Arms
Tangan Paling Kuat di Dunia....
Klik here for more pictures
12.19.2008
Awas penculik kanak2 muncul lagi.....
Anda kenal lelaki ini?
Polis mengedarkan lakaran wajah lelaki yang dipercayai dapat membantu siasatan penculikan seorang budak perempuan malam Sabtu lalu.
Penculikan kanak-kanak berusia sembilan tahun itu pada jam 8.30 malam berlaku kurang 50 meter dari rumahnya di Kampung Selayang Baru ketika dalam perjalanan pulang dari kedai runcit bersama adik lelakinya berusia lima tahun.
bagaimanapun tidak dicabul ketika diculik selama tiga jam.
“Dalam tiga jam itu, penculik membawanya ke beberapa tempat sebelum meninggalkannya di sebuah surau dekat Selayang.
lelaki itu dipercayai Melayu dalam berusia 30-an, berkulit gelap, bermisai serta janggut dan mempunyai motosikal warna hitam.
Beliau berkata, polis sedang menyiasat sama ada penculik itu ‘pencabul Kampung Baru’ atau seorang yang meniru kegiatannya. - Bernama
UMS sunset & my tim fotography
beberapa gambar sempat saya ambil..... dan lepas tu saya edit sikit dengan mengguanakan Adobe Photoshop Cs3... buli lah sikit2... masi belajar bah.......
Read More......
12.18.2008
Sometimes it is nice to be very poor!

from crazyfunnyclub.com
Read More......
12.10.2008
Masih Banyak Orang-orang yang Lebih Menderita..
Sometime.. kita anggap diri kita lah yang paling menderita sekali di dalam dunia ini.. sebab itu kita marah2 sama Tuhan... macam saya lah itu kadang2... tetapi rupanya ada manusia yang lebih menderita.. ( Tuhan Ampuni segala Dosa dan kesalahan saya...Amin )
click here for more pictures
Read More......
12.09.2008
Why Bras are Lettered A,B,C,D…
Have you ever wondered why bras are lettered A, B, C, D, DD, E, F, G, H and How the letters are actually used to define bra sizes?. Find the secret here.
Click here to read more
Air terjun & Gunung Kinabalu
hairan juga..ni air tidak pernah kering... mangkali ada tangki besar ba di atas sana tu.. atau ada kolam..mau tanya orang ranau ni...
This picture saya ambil dari atas... macam tiada jalan raya ke tempat ni.. jauh tempat ni dan curam pula.. saya gambar guna zoom...ada 3 buah rumah saja.. sekitar rumah ada tanam padi bukit...susah lah anak2 diorang ke sekolah ni...tapi kalau sudah biasa.. tiada masalah tu...
Read More......
12.04.2008
Poring Ranau & Pine Resorts
ini ada beberapa gambar saya ambil dengan canon 450D ...
Read More......
11.30.2008
City Mall & Old Town

Read More......
11.20.2008
Adobe Photoshop Cs3
Minggu lalu, semasa menghadiri satu taklimat, saya jumpa seorang kawan yang kira pakar dalam bidang photo editing.. paling dia pakar ialah adobe photoshop dan CorelDraw, kagum saya lihat dia bermain-main dengan 2 benda ni.. terniatlah dalam hati saya untuk belajar juga... siapa mau ketinggalan kan?...baru 3 hari ni saya cuba2 menjinak-jinak dan belajar.. saya belajar sendiri saja ni.. tiada buku panduan.. jadi kalau ada siapa2 member diluar sana ada buku.. atau e-book.. kasi pinjam la bah... ko ada ka buku ni beck, atau honey... kalau ada pinjam...???
setelah belajar selama 3 hari ( 1 hari 1 jam ja belajar ba )
ini saja hasil yg saya dapat..

saya harap kalau ada yg pakar2 di sana mcm si beck dan honey atau siapa2 ja... bagi la tips sikit2... saya mau belajar ni...Read More......
11.16.2008
Lokan Bakar dan Kelapa Bakar
siapa2 yang belum pernah makan benda2 ni.. kamu pi la ba jalan2 di sepanggar... ada tu jual di siring2 jalan... murah ja ba..
ha..ini la dia kelapa bakar... luar ja kamu nampak hitam...hangus. tapi dalam dia sedap... kawan2 bilang khasiat dia ialah cuci buah pinggang...tidak tau betul ka tidak... tapi kalau kogutan ... ngam tu kalau minum air kelapa bakar...
Read More......
11.15.2008
Baju Lucah
kepada Beck dan Honey... beranikah kamu pakai baju begini...
11.10.2008
Jalan-jalan Di Sabah
Pada hujung minggu yang lalu, saya ikut kawan berjalan-jalan di keningau dan tambunan, actually kawan saya ni kerja.. out station.. jadi saya ngam-ngam cuti... saya ikut dia lah... sambil berjalan dapat juga saya mengambil beberapa gambar untuk kenang-kenangan...
saya tidak kenal si gondu ni.. tapi bila saya nampak dia duduk-duduk, sambil melihat kawan dia sedang merambat ikan .. ngam2 posing dia pun lawa betul.. saya tidak lepaskan peluang merakam gambar dia.. nama kampung ni saya tidak tahu.. yang saya tahu di kampung ni la letaknya tugu mat salleh...
ini adalah antara pemandangan di kampung tempat letaknya tugu mat salleh...memang kampung ni indah.. sawah luas.. angin nyaman.. saya suka lihat keindahan dan suasana kampung..
kamu tahu ka apa benda ni... ini lah dia pahlawan orang Dusun.. kalau dulu-dulu diorang ni pergi perang.. dusun bilang sumangod...saya agak-agak lah..
jalan ke keningau... ikut kimanis.. kalau kereta buruk jangan cuba-cuma ikut sini... nanti terundur.. tidak buli naik.. telampau tinggi bukit dia..
salam manis.. thanks
Read More......
11.06.2008
Anna Kournikova tidak minat kahwini Iglesias

Saya baca artikel ini dari berita harian.. kenapa saya masukkan ia dalam blog saya..sebab pertama Iglesias adalah seorang penyanyi yg kira saya minat juga la.. dan yang kedua ialah kata2 Iglesias yg bagi pendapat saya sangat Gentleman dan realistik..
demikian kata2 Iglesias mengulas mengenai hubungannya dengan Kournikova.. seorang bintang tenis yang cantik dan seksi apabila Anna Kournikova tidak berhasrat, tidak berminat dan tidak pernah mengimpikan akan mengahwini teman lelakinya yang juga penyanyi popular, Enrique Iglesias, biarpun sudah berhubung mesra bertahun-tahun lamanya.
Ini diakui sendiri Iglesias dan sebagai lelaki, beliau akur dengan kehendak teman wanitanya itu.
“Saya sememangnya yakin dengan kenyataan Kournikova untuk tidak mengahwini saya langsung. Malah, untuk pengetahuan semua, saya yakin yang Kournikova akan meninggalkan saya pada satu masa nanti,” katanya.
Iglesias berkata, beliau tidak marah dengan kenyataan teman wanitanya yang berusia 27 tahun itu dan sebaliknya menegaskan beliau hanya bersikap realistik mengenai perhubungan cinta mereka.
“Perjalanan hidup itu pantas berlalu. Kehidupan pada usia 20-an terlalu kabut dan biarlah saya menikmati detik-detik yang indah. Mungkin juga detik manis itu membabitkan perkahwinan dan anak-anak, tetapi belum buat masa ini.
“Ya, datuk saya yang berusia 92 tahun pun masih mampu mempunyai anak kecil dan saya masih mahu menikmati hidup,” kata Iglesias.
Namun dengan nada sinis, Iglesias menyifatkan Kournikova juga tidak muda selamanya.
“Jam biologikal Kournikova juga berdetik pantas. Tetapi beliau juga masih belum bersedia menjadi isteri dan ibu. Kami pernah membicarakan perkara ini dan beliau mengakui tidak mahu mengahwini saya. Dan saya yakin, itu memang benar-benar dimaksudkannya.
“Malah, beliau mengakui saya cuma lelaki biasa yang hanya sesuai menjadi teman lelakinya buat beberapa tahun dan beliau akan berlalu pergi. Entahlah, mungkin mudah baginya menemui lelaki yang mahu dikahwininya,” kata Iglesias.
Ditanya mengapa beliau masih mahu meneruskan hubungan yang belum pasti itu, Iglesias berkata: “Sebabnya kerana Kournikova ialah wanita idaman saya. Jika beliau meninggalkan saya esok, apa boleh saya buat? Bukan perkara aneh apabila pasangan berpisah. Ya pada mulanya mereka berkahwin, bahagia tetapi kesudahannya bercerai,” katanya.
11.05.2008
Gambar-gambar Malam
gambar kereta ni saya ambil waktu malam... jam 8 malam... ni tempat cuma diterangi oleh lampu jalan...saya ambil gambar tanpa bantuan flash... kalau kamu jumpa ni kereta di mana2 jangan lupa tegur dia punya driver... hi shalom apa khabar... belanja makan...bilang... tatap kena belanja...
Read More......

















